Monday, 9 March 2015

Campuran halia, madu serta herba-herba terpilih

-
HALIA MADU PLUS AKAR HERBA

Halia Madu Plus Akar Herba adalah serbuk minuman yang terdiri daripada campuran ekstrak herba-herba tempatan terpilih seperti halia, tongkat ali, ubi jaga, akar tengkuk biawak, kacip fatimah, paku gajah serta mahkota dewa. 

Akar-akar herba ini diketahui amat berkhasiat dan bernilai tinggi dalam perubatan tradisional. Kini herba-herba ini didatangkan dengan satu set penyediaan yang mudah dalam bentuk serbuk ekstrak di dalam botol kaca.

Amat mudah disediakan. Hanya sesudu atau dua sudu serbuk minuman ini dicampurkan dengan secawan air panas lalu diminum pada setiap pagi dan petang.

Antara khasiatnya ialah: membuang angin dalam badan, melancar aliran darah, membersihkan usus, meredakan sengal-sengal badan,
melawas buang air, merendahkan tahap kolesterol, meningkatkan kualiti tidur (tidur nyenyak dan puas), memberi tenaga segera serta membuang toksin dari tubuh.

Produk ini adalah keluaran Zawani Herbs, sebuah syarikat pengedar produk-produk herba tempatan dan Timur Tengah. Harga sebotol RM25 (termasuk pos). Pesanan boleh dibuat dengan sms/ telefon ke: 014-2348314/ 013-2471432. Whatssap: 011-3212 3068. Ejen diperlukan (dengan kadar diskaun yang menarik).

"Alamilah Khasiat Hebat Herba Asli Nusantara"






















HABBATUS SAUDA' PLUS HALIA MADU

Habbatussauda' plus Halia Madu adalah serbuk ekstrak herba habbatus sauda yang diadun bersama ekstrak halia serta madu lebah. Di samping itu ianya juga diperkaya dengan ekstrak herba buah mahkota dewa, akar seruntun (patawali) serta ubi jaga.

Habbatus sauda' dikenali sebagai herba yang amat bernilai tinggi dan amat berkhasiat dalam menghindari pelbagai jenis penyakit. Ia meningkatkan sistem imun tubuh. Bersifat anti bakteria dan virus. Bijiannya mengandungi pelbagai jenis zat yang amat diperlukan oleh tubuh. 

Herba habbatus sauda' telah digunakan sejak lebih 5,000 tahun dahulu terutama di Tanah Arab dan Mesir. Herba ini bukan sahaja berguna untuk tujuan rawatan tetapi juga sebagai perencah dalam masakan sebagai penyedap rasa. Oleh itu, herba ini sesuai diambil sebagai pemakanan harian.



Bijian Habbatus Sauda'

Antara herba yang terkandung di dalam produk ini:


MAHKOTA DEWA (Phaleria Macrocarpa)

Mahkota dewa adalah sejenis tumbuhan herba yang berbuah sepanjang tahun. Pokoknya boleh mencapai ketinggian sehingga lima meter atau lebih. Buahnya berwarna hijau semasa muda dan apabila matang warnanya merah terang. Daging buahnya berwarna putih krim dengan tekstur bersabut.

Sumber hasil (produk) herba daripada mahkota dewa biasanya adalah daripada buahnya. Bagaimanapun, bahagian bijinya adalah beracun. 

Mahkota dewa mengandungi alkaloid yang berfungsi sebagai detoksifikasi iaitu dapat meneutralkan racun yang terdapat dalam tubuh. Bersifat anti bakteria dan virus. Herba ini dapat meningkatkan sistem imun tubuh, juga membantu mengawal tahap kadar gula dalam darah.

Selain itu herba ini dapat membantu melancarkan peredaran darah, mencegah penyumbatan pada pembuluh darah, anti inflamasi (radang), anti oksidan serta anti histamin (anti alergi). Kelebihan lain ialah dapat mengurangkan rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan.